Gurindam Si Gaban | John’s Baem Blog
Salam semua! Lama beb xupdate blog dan kali ini aku nak bergurindam didalam bahasa ibunda. Oh! salam aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada anda semua pembaca blog ini, kwn2 terdekat, kwn2 yg jauh dan sesiapa sahaja. Anda berhak bergembira di hari raya jika puasa anda membanggakan. Hohohohoho.. bulan puasa lepas pun tak sempat aku nk update blog nih. Waktu tersebut digunakan sebaik mungkin untuk proses bermuhasabah diri, tengok balik mana yg silap, baiki mana yg tak betul.
Bukan semua yg baca blog nih bersetuju dengan aku dan sentiasa mencari peluang utk menembak bila perlu. Nasihat aku, xpayahlah buang masa risaukan aku, monitor apa aku buat dan resah pelbagai dengan aku. Keje2 yg anda buat sangatlah tidak berbaloi kerana ianya tidak bernilai hatta sesen pun untuk aku. Walah!
Hari raya nih 1st time aku beraya sorang semenjak proses akil baligh terjadi. Tiada lagi partner tahun ini. Tiada lagi rumah bakal2 mak mentua utk diziarahi. Bakal2? Hohohohoho… Tetapi tidak mengapa sebab rahmat tuhan sentiasa ada dan jika kita pandai ekploitasi hint2 yg dia bagi, sunyi tu hanyalah satu cebisan jer dlm life kita. Kawan2, terima kasih kerana korang ada dekat dengan aku disaat aku sangat2 memerlukan. Anda semua seperti gaban, ada disaat kecemasan. Andalah gaban dihati ini. Oh! Aku sempat berchat dengan ex-partner aku baru2 ni dan dengar cerita dia dah temu pengganti! Oh! Syukurlah! Bagus untuk dia dan harap kali ini jodoh dia kekal berpanjangan. Dgr2 juga nk ker peringkat seterusnya. Syukurlah sangat dan diharap dia ketemu bahagia kali ini. AKu frust??? Tidaklah begitu… Cuma aku bersyukur mungkin sbb dia dah dapat apa yg dia idamkan, apa yg dia nak dan apa yang dia impikan selama ini. Xpayah gaduh2.. Bagus untuk dia dan mungkin rezeki untuk dia kan? Proses perpisahan antara kitorang mungkin mematangkan kedua-dua pihak dan proses inilah yang membuatkan kita lebih bijak, matang menghadapi musibah2 yang datang.
Raya nih jugak satu bang bang boom utk aku. Hubungan aku kembali pulih dengan ex-bini aku yg pertama aka 1st hubungan serius aku dengan seorang yg bergelar wanita. Walah!!!! Sebenarnya, sejak beberapa ketika yang lalu, dia ada cuba menghubungi aku tapi hubungan kitorang hanyalah suam-suam kuku. Mungkin sbb masih terngiang peristiwa silam tetapi kini ianya berjaya diketis, ditepis dan buku baru berjaya ktorg bukak dan skrg kami kembali berkawan dan dengan keserasian yg mmg dh ada mgkin penyebab kitorang bleh gek balik mcm biasa. Oh, pergaulan dia dengan kawan2 aku pun tidak ada masalah dan kitorang dah macam kamcing lak skrg. Indahkan dunia? Disebalik duka, sengsara, sedih, pilu, geram, dendam dan sifat2 negatif yang lain masih ada ruang tercipta untuk masa2 keriangan. Bercinta kembali??? Susah nk jawab soalan cepu mas nih sbb masalah kitorang dulu melibatkan pihak2 atasan, majlis tertinggi dan nak dapat majoriti 2/3 balik tak semudah yang disangka. Hohohohoho… Jadi, kitorang teruskan berkawan tanpa memikirkan isu-isu tersebut secara serius.. Itu lain hari cerita..
Pergh.. mcm panjang jerk kali nih but who cares! My blog, my domain dan aku punya suka.. Hohohoho.. Oh, sebenarnya ex-cinta aku yg aku mention nih pun dalam situasi yang tidak berapa baik dan tengah menghadapi proses perpisahan yang amatlah susah dia nak harungi. Aku dah jadi tempat dia luahkan apa yg dia rasa dan sebagai tempat mendengar dan antara manusia yang pernah menghadapi dugaan mcmni, aku ada gak titipkan kata2 nasihat yg dia boleh pikirkan. Tapi dia lemah sangat dan tak dinafikan mungkin sbb dia perempuan, batin dia agak terseksa. Aku masa mula2 dulu pun parah mcmni gak dan syukur sangat keadaan makin baik sekarang. Bukan sbb aku ada pengganti, xde pun even dalamĀ waiting list ada 413 orang, paras rupa ala2 steven gerrard, terer main futsal, bola padang, karaoke, renang berirama dan juga taichi tapi sbb aku lebih sedar skrgĀ bak kata org2 yg putih, “theres light at the end of tunnel”.. sentiasa ada sinar yg membantu kita even kita rasa dunia kita dah gelap sangat, kelam sangat dan takde arah tujuan. Hidup perlu diteruskan, motivasi perlu diberi dan sokongan harus diteruskan. Kepada si gadis yang aku pointkan ni, jgnlah rasa masih tak cukup apa yang kau bagi.. Dh mcm2 kau buat dan kau dh deliver sepatutnya sebagai teman.. Kepada si lelaki yg selalu gak jengah2 blog nih even katanya ego, mungkin kau ada sbb buat keputusan mcm nih tapi sedarkah, kau mungkin kehilangan antara orang yg sgt2 menyayangi kau tanpa sikitpun dia hirau, kisah byknya kelemahan yg kau ada. Ini perempuan yang bleh terima kau, keluarga kau dan mcm2 lagi. Bro… tak senang nk jumpa kualiti mcm nih dekat seorg perempuan moden yg bekerjaya, berketrampilan dan juga sangat menghormati kau sebagai teman dia. Kau bertuah sbb apa yg dia pernah bagi dekat kau lebih dari apa yg aku pernah rasa dan belajarlah bersyukur dan jika kau keras gak dengan ego kau, pendirian kau.. Go ahead sbb perempuan mcm nih hanya untuk lelaki yg lebih berkualiti. Mungkin bukan aku tapi gaban2 yg lain… Hohohohoho…
Hurm.. aku nak tengok partner2 aku sebelum nih bahagia sbb kalau masa dengan aku, aku tak dapat deliver so pengganti aku patut main peranan sebaiknya. Kadang2, orang tanya aku kenapa lepas apa yang dah jadi, lepas dorg buat kau piss off, kecewakan kau dan sangat menderita atas tindakan dorang sesetengahnya, kau masih nk tengok dorg bahagia? Masih doakan yg terbaik untuk diorang? Jawapan aku… ENTAH, benda nih karma kot dan mungkin sbb masa aku dengan dorang dulu aku pernah buat benda2 yg sakitkan hati dorang tanpa aku sedar, kecikkan hati dorang dan sekarang mungkin masa aku berbuat baik dan menghormati keputusan diorang kan?? Heee..
Kawan2 aku pun tanya, kau nih asyik doakan kebahagiaan dorang…. Kau mcmner??? Siapa yang tercipta untuk kau?
Hurmmmm… susah nk jawab soalan tuh dan mungkin tak terbukak lagi hati nih dan mungkin jugak dia ada dekat luar sana dan tengah baca blog nih so xnk cakap banyak dengar jer lagu nih..
OK beb, hit u guys later and yeah! Jemput datang rumah raya!
p:s- Refer to my old posts about market scenario. Its happened now. Bye2 USA.








so sweet…….
jue, i dont believe u read all this! thanks!
for sure my dear..n u take a good care bout ur self ok!!promise me..n hey…before it’s tooooo late…HAPPY NEW YEAR..2009..may god bless u…